Jumaat, 29 Mei 2015

Kisah Saya Bersama Syarikat T



Saya pernah menyertai syarikat T satu masa dahulu. Sistem yang hampir sama dengan BESTMobile. Saya menjana pendapatan yang agak memuaskan selama tiga bulan bersama syarikat T. Alhamdulillah saya cuba yang terbaik, hasilnya juga baik.

Tapi kenapa saya STOP dari syarikat T pada Januari 2015?


Sebab utama ada di link ini.

Ya. Kerana Insurans KONVENSIONAL yang saya terpaksa promosikan kerana ia adalah antara 'killer' penting dalam promosikan Syarikat T. Juga nasihat dari adik bongsu saya yang sememangnya 'particular' dalam bab muamalat ni. Sebagai seorang yang positif, saya tidak memandang adik saya yang bercakap, tapi niat dan ilmu yang ada padanya untuk menasihatkan abangnya. Saya terima dan minta pertolongan Allah.

Pada saya, biarlah saya susah dari kaya tanpa keberkatan. Alhamdulillah Allah memberi petunjuk, simkad itu ghaib setelah jatuh di atas tilam. Macam pelik, tapi jenuh juga mencari. Saya ambil keputusan untuk berhenti dari melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan