Sabtu, 30 Mei 2015

Saya Join BESTMobile

Ini lanjutan daripada artikel saya yang lalu bersama syarikat T. Sesiapa yang belum membacanya boleh baca di link ini.



Setelah menamatkan riwayat saya bersama Syarikat T. Saya masih percaya yang perniagaan ini mempunyai potensi yang sangat baik. Saya teruskan hidup seperti biasa dengan menjual buku agama dan menjual jam tangan secara online. 

Kalau nak tengok jam saya jual boleh lawat Instagram saya @nuradcloset(promote lak..hehe)..

Oleh kerana saya menjual jam secara online, banyaklah unsur-unsur promosi dari bermacam-macam syarikat. Syarikat T pun ada promosi pada saya lagi. Tapi saya ambil sekali lalu je. Pengalaman positif dengan syarikat MLM sebelum ini mengajar saya untuk lebih memilih sistem dari sogokan impian. 

Satu hari pada 23 Mei 2015 saya terbaca tentang BESTMobile. Saya rasa sama dengan syarikat T. Tapi saya teliti, masalah saya bersama syarikat T telah selesai, 

BESTMobile memberikan Perlindungan Insurans TAKAFUL sebanyak RM100k. 

Saya berminat untuk tahu lebih lanjut. Saya kaji di website-website berkaitan dan saya dapati ianya sangat menarik. Saya mula menyimpan niat untuk menyertainya. Niat itu saya sekadar simpan tanpa apa-apa tindakan. Alhamdulillah pada 25 Mei 2015 seorang rakan baik saya dalam perniagaan buku agama telah memberitahu tentang BESTMobile. Tanpa penerangan dan closing maut-maut, saya mengambil keputusan untuk menyertainya. 

Pada 27 Mei 2015 saya mendaftarkan diri sebagai peserta BESTMobile, selepas 27 hari dilancarkan. Dan hari ini saya bergiat aktif untuk mempromosikan BESTMobile ini, dan saya akan buat lebih baik dari syarikat T. Berbekal pengalaman sedikit di Syarikat T dan Leader-leader hebat di BESTMobile, saya pasti ia gabungan yang menarik untuk saya terus berjuang. 

Doakan saya BERJAYA insyaalllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan